Monday, September 23, 2013

Sustained Release Vita-C™ 500 mg




Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Fungsi Vitamin C secara umum:
  
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
  • Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.
  • Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. 
  • Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. 
  • Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. 
  • Sedangkan racun labah-labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 
  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . 
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen.
  • Vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • Boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts)
  • Mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
Apakah tanda kekurangan Vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah selsema
  • Mudah tertekan (stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Mudah bersin
  • Luka yang lambat baik
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C membantu pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • Penyakit Skurvi dan banyak lagi.
Contoh mengenalpasti masalah kekurangan vitamin C:

1. Gusi mudah berdarah setiap kali digosok.

ATAU

2. Cuba goreskan kulit tangan dengan menggunakan kuku sendiri. Jika ia menghasilkan satu garisan warna putih yang jelas lagi nyata, maka itu tandanya anda kekurangan Vitamin C yang ketara.

Pengedar Sah Shaklee Anda
Zainab Jamil
ID: 952121
sms/whatsApp : 0135840506

OmegaGuard™ Shaklee - minyak ikan terbaik dan tulen.



Assalamualaikum dan salam ceria semua..

Cerita vitamin hari ni adalah tentang OmegaGuard Shaklee ataupun minyak ikan tulen. Kenapa sangat tulen, kerana diekstrak menggunakan kaedah ultratulen, iaitu proses penyulingan 3 peringkat utnuk menyingkirkan bahan berbahaya dalam ikan seperti plumbum, merkuri, arsenik, dan kadmium.


Biasanya kalau sebut OmegaGuard ni ramai yang agak blur..ataupun tak berapa familiar.. Tapi kalau sebut omega 3 ni memang orang faham la, minyak ikan or DHA. Sebab kandungan utama OmegaGuard ni adalah DHA dan EPA, iaitu asid lemak omega 3 yag terdapat dalam ikan laut.

Omega Guard Shaklee ni satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen tau, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Satu hidangan mengandungi hampir 99% omega 3 kalau nak dibandingkan dengan jenama lain yang peratusnya lebih rendah..Memang berbaloi la untuk bayar lebih bagi mendapatkan minyak ikan terbaik kan? 

Apa yang istimewa dengan OmegaGuard Shaklee ni?

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. 
Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).

    Jom check manfaat Omega 3 dalam OmegaGuard Shaklee:

1. Asid Lemak

Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi kita kena dapatkan omega 3 ni dari sumber yang paling baik iaitu ikan.Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

2.  Mencegah penyakit saluran darah dan strok

DHA dan EPA boleh menentang
thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala. Ia juga dapat:-

- merendahkan kolestrol, 
- menghindarkan pembekuan darah dalam badan, 
- membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, 
- mengawal masalah obesiti,  
- mencegah arteriosclerosis, 
- membantu mengurangkan sakit jantung.

3. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori

DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ibu-ibu mengandung digalakkan untuk mengambil OmegaGuard pada 3 bulan terakhir kehamilan untuk membantu perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu juga mengandungi kandungan DHA yang tinggi. Jika ibu-ibu menyusu mengambil OmegaGuard, kebaikannya akan disalurkan pada bayi dan membantu perkembangan otak bayi. Malah, omegaguard juga membantu kita untuk lebih fokus dalam pelajaran mahupun kerja.

Kepentingan DHA:-
- meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, 
- mencegah  penyakit Alzheimer, 
- memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. 

Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

4. Meningkatkan sistem  imun dan menyihatkan paru-paru

Mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.


5. Menentang kanser

Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara,prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)

Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu boleh mencegah kemusnahan enzim yang mebentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

 1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zainab Jamil
id : 952121
sms@whatsApp :013-5840506